Tuesday, December 20, 2011
Wednesday, December 14, 2011
e.p.o current line up
E.P.O current line up 2010-till now.From left Moharotten(guitar vocal),Bob(bass),Adun(drum) and Pecal(vocal)
e.p.o 2009
E.P.O 2009 line up.From front Moharotten(guitar vocal),Shah(guitar back vocal),Bob(bass back vocal) and Raub(drum)
e.p.o line up 2007
This is 3rd generation of e.p.o 2007 line up.From left Jamil(2nd guitar),Noli(bass),Raub(drum) and Moharotten(guitar n vocal).Miss a lot this brutal line up haha...
Wednesday, December 7, 2011
Thursday, November 10, 2011
Di sini aku ulaskan serba sedikit biography tentang band
E.P.O.(EYES POPPING OUT).
E.P.O telah diasaskan dan di
tubuhkan oleh Raub(drum) dan Moha(gitar,vocal) pada awal 2006.Dengan bermulanya
sebagai two piece band ,E.P.O mula mencipta lagu mereka sendiri.Di samping
membawa lagu-lagu cover dari band2 yang bertunjangkan crust,punk dan
metal.Diantara lagu terawal yang di cipta ialah ‘SLAVE OF THE FUCKING BASTARDS’
dan ‘WAR FUCKING WAR’. E.P.O sangat prihatin dengan isu-isu semasa yang berlaku
samaada yang telah menjadi sejarah atau pun masa kini. Di sebabkan itu E.P.O
telah terapkan di dalam setiap lirik E.P.O dengan bertujuan untuk memberi
sedikit kesedaran kepada pendengar.
2007 E.P.O telah mula bergerak sebagai three
piece band. Dengan kemasukkan seorang sahabat iaitu Shah yang telah mengambil
posisi lead gitaris untuk menambahkan perisa.Dengan kemasukkan tersebut telah
terciptanya sebuah lagu yang bertajuk
‘MORAL COLLAPSED’.Yang banyak mengisahkan tentang kejatuhan moral samaada pada
individu,scene,agama dan juga politik.
2008 Dimana E.P.O telah pun
merakamkan sebuah reh-demo yang bertajuk ‘THE WAY YOU CHOOSE,THE WAY YOU DIE’
memuatkan 3 buah lagu ciptaan mereka sendiri iaitu ‘SLAVE OF FUCKING
BASTARDS’.’WAR FUCKING WAR’ dan ‘MORAL COLLAPSED’. Reh-demo tersebut telah pun
di rakamkan di sebuah studio di Kluang,Johor. Dan ia tidak di jual,hanya untuk
promosi sahaja . Dengan terhasilnya reh-demo tersebut E.P.O mula bergiat aktif
bermain gigs disekitar Johor dan Kuala Lumpur.
Raub telah pun meninggalkan E.P.O
atas alasannya sendiri pada 2009. Begitu juga diikuti oleh Shah. Dan E.P.O telah
pun menggantikan tempatnya dengan kemasukkan Adun(SEMERAPANG), dan
Bob(basist). Dengan kemasukkan mereka, telah berlaku sedikit perubahan pada
genre E.P.O. yang sebelum itu lebih berteraskan brutal scandi thrashpunk dan
hardcore. Adun telah memberikan sedikit touch up dengan idea blasting dan
grinding nya pada instrument drum. Dan akhirnya terhasil lagi sebuah lagu baru
yang bertajuk ‘MASSGRAVE’. sebenarnya ini adalah lagu ciptaan Raub. Walaupun dia
telah meninggalkan E.P.O tetapi beliau masih lagi menyumbangkan lagu untuk
dimuatkan didalam band ini.E.P.O tidak akan melupakan jasa beliau. Terima kasih
kepada Mr.Raub.
2010 E.P.O telah pun merakamkan
debut demo yang bertajuk ‘DESTRUCTIVE TECHNOLOGY’.di studio yang sama. Dan lagu2
yang sama di rakamkan kembali termasuk lagu baru ‘MASSGRAVE’ turut dimuatkan.
Cuma ada sedikit perubahan daripada segi sound berbanding reh-demo 2008
dulu. Tetapi posisi drum digantikan sementara oleh Yusmira(UNVEILED). oleh kerana
Adun tidak dapat hadir semasa sesi rakaman atas sebab-sebab tertentu. Dan sekali
lagi berlaku sedikit perubahan pada arrangement muzik.Demo ini telah pun di
jual dan masih dijual,dan sebahagiannya untuk trade.
Dan kini 2011 E.P.O semakin
mantap dengan kemasukkan Pecal(UNVEILED) sebagai vokalis. E.P.O sedang giat
mencipta lagu2 baru yang lebih mantap n berkualiti. Nantikan kemunculan rakaman
terbaru dari E.P.O yang pasti meledakkan darah, jantung n minda anda. Anyway
thanks 2 you'll for the support!!!
Thursday, October 7, 2010
tshirt band e.p.o
2nd tshirt design taken from eyes popping out 2nd demo cover entitiled 'destructive technology' and it's still available.get it now!!!



Subscribe to:
Posts (Atom)